Tuesday, November 25, 2008

Cuti Cuti Malaysia

Lama tak update entry. Sebenarnya tiap-tiap hari saya mengadap lap top ini. Hati memang selalu terdetik nak menulis sesuatu. Tapi bila nak start menulis, ada sajalah gangguannya terutamanya Danial yang sibuk nak bermain game di lap top saya ni (Danial baru 4 tahun tapi dah pandai main komputer. Saya sekolah menengah baru tahu apa itu komputer). Nak tunggu malam waktu diorang ni tidur, lately diorang suka tidur lewat .Puas jugaklah melayan diorang ni sebelum tidur sampai saya pun kadang-kadang terlelap terus dek keletihan. Jadi, blog saya di mungkin akan bersawang buat beberapa waktu sebelum di update.

Semakin nak sampai penghujung cuti ni lagilah sibuknya. Balik kampung, jemputan kenduri kahwin, courses, training dan sibuk mengemaskini keperluan tadika/nursery sebelum buka sekolah nanti. Berazam untuk tahun depan, moga-moga Allah beri kekuatan dan meninggikan lagi semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Cuti sekolah kali ini kami tak pergi ke kemana. Plan nak ke Cameron Highland terpaksa ditunda dek faktor cuaca. Musim hujan tak sesuai nak bercuti ke sana. Berjalan balik kampung sahajalah kali ni. Hari raya Aidil Adha lalu kami sambut di Pasir Putih. Plan nak balik pagi Sabtu. Kebiasaannnya kami suka travel di waktu malam. Hubby suka sebab less traffic jadi bolehlah memecut macam F1 driver. Perjalanan yang ambil masa 7-8 jam boleh jadi 5-6 jam saja. Saya pulak suka sebab cuaca sejuk dan gelap, jadi anak-anak tak banyak karenah sebab tidur di sepanjang perjalanan. Jadi, kali ni kononnya kami nak cuba travel di waktu siang pulak. Tapi, plan tak menjadi sebab hubby sibuk menyiapkan report auditnya. Lastly, kami bertolak balik petang Ahad, malam raya. Ada hikmahnya juga kami balik malam raya. Kakak ipar yang bertolak pukul 9.15 pagi hari Sabtu dari KL sampai ke kampung pukul 2.25 pagi Ahad! Sudah maklum, jalan ke Pantai Timur memang sesak menjelang Hari Raya. Tahun depan nampaknya kena rancang betul-betul sebab Aidil Fitri dijangka jatuh pada hari Ahad. Jika warga kota semua merancang untuk balik pada Jumaat malam atau Sabtu pagi, alamatnya sesaklah jalan dengan kereta.

Hujung minggu ni pula kami sekeluarga akan ke Pulau Pinang pulak untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Dah lama tak berjalan-jalan ke utara. Teringin nak naik feri, lepak-lepak sambil makan pasembor/penang char kuew tiow di Gurney Drive. Really looking forward to have this weekend get-away!

Wednesday, November 19, 2008

Official 1st Entry


Ohhh..silap perkiraan saya. Cuti sekolah bukan untuk saya bersantai. Rutin masih diteruskan seperti biasa, cuma saya punya lebih banyak masa bersama keluarga, melayan my 3D; my hubby a.k.a dear darling, my eldest son Danial 4 and my daughter Dhia 1 ½ . And today, as my kids went to bed at 10pm, I finally have sometime to sit down here and update an entry. Tapi, puas jugaklah saya memikirkan, apa yang nak saya kongsi di dalam blog ini.

Hari ini, my small office home office (SOHO) telah berjaya dikemaskan, itu pun separuh dan dibantu oleh maid. Lagi separuh (few boxes full of paper works, receipts, books, magazines and many other things) akan dibereskan pada masa dan waktu yang akan ditentukan kemudian. For record, bilik ini tidak pernah dikemaskan sejak saya berpindah ke rumah ni pada bulan mac yang lalu.


I have a weird hobby, collecting stuff. Or for other people they will call it junk! During my school days, I’ve collected all sorts of tickets and sweet wrappers, nicely pasted into a scrapbook. Now, I collect all sorts of receipts, memos, notes, cards, magazines; nicely thrown into various places; drawer, my handbag, box. Why I love it so much? These are the reason:

  1. sentimental value e.g candle light dinner receipt
  2. it might one day be useful e.g box for craft activity
  3. for bookkeeping purpose (which I rarely do) e.g groceries receipt

Pheww..u know, it actually took me 2 hours to write this entry. Susah ya nak jadi penulis…

Sunday, November 16, 2008

the beginning...

Alhamdulillah, praise be to Allah, now i have a time to sit down and start blogging :). I'm not a good writer or story teller, but this blog is for me to express my thought, and to share wit and wisdom about my life; a woman, wife, mother and entrepreneur who is trying to do ordinary things in extraordinary ways (at least from my point of view) ;)

"Relax, reflect, respond"-- i just love this phrase. Happy reading....